BENGKEL ONLINE • NOVEMBER 2026

Dari sekadar menconteng, sekarang dah ada Original Character sendiri!

Dah habis exam, kan? Jom raikan dengan sesuatu yang anak suka—belajar melukis bersama Irfan Foner.

9–17 tahun16–19 November8–10 malam
Saya nak anak belajar! ↗

4 sesi Google Meet · 2 jam setiap sesi · Satu yuran untuk seisi rumah

Poster rasmi Bengkel Bestnya! Melukis Karakter November 2026
MAK AYAH, PERNAH NAMPAK INI?

Minat dah ada.
Arah tu yang belum jumpa.

01

Exam dah habis.
Nak raikan macam mana?

Anak dah berusaha untuk UASA atau UPKK. Mak ayah nak hadiahkan pengalaman yang seronok dan beri ruang mereka berkreativiti.

02

Suka melukis.
Tapi belajar sendiri.

Asyik cuba ikut gambar, padam dan lukis semula. Anak belum pernah belajar secara berguru, langkah demi langkah.

03

Boleh tekap.
Bila kertas kosong, buntu.

Tekapan boleh jadi permulaan. Sekarang anak perlukan asas untuk membina muka, badan dan gaya karakter sendiri.

JOM BERI MINAT ITU ARAH

Selama ni main bantai melukis. Kali ini ada guru tolong tunjukkan

Belajar membina karakter daripada asas. Satu kemahiran pada satu masa, dengan panduan pengajar sepanjang sesi.

Tengok apa anak belajar ↗
Karakter kanak-kanak keliru melukis sendiri tanpa panduan guru
✦

Lukisan lebih berstruktur

Mulakan dengan bentuk asas, kemudian tambah butiran.

✦

Karakter ada identiti

Teroka ekspresi, gaya dan pakaian untuk watak yang mudah dikenali.

✦

Idea jadi lukisan

Anak ada cara untuk menterjemahkan imaginasi pada kertas.

✦

Boleh dikembangkan lagi

Gunakan karakter sebagai asas idea komik, stiker dan rekaan merchandise selepas bengkel.

Poster penuh dengan jadual empat kelas
SIMPAN TARIKH INI

Empat malam.
Satu pengembaraan.

Tarikh
16–19 November 2026
Masa
8.00–10.00 malam (MYT)
Platform
Online melalui Google Meet
Umur
Kanak-kanak & remaja, 9–17 tahun
Yuran
Bermula RM39
Lihat pakej keluarga ↗
UNTUK SIAPA?

Untuk anak yang
nak mula. Nak cuba. Nak maju.

Baru nak belajar

Minat melukis, tetapi perlukan asas dan panduan yang tersusun.

Dah biasa menekap

Nak melangkah daripada ikut garisan kepada membina karakter sendiri.

Penuh dengan imaginasi

Ada watak dan cerita dalam kepala, tetapi belum tahu cara melukiskannya.

Sesuai untuk umur 9–17 Tahun. Mak ayah boleh bantu sediakan alat dan ruang belajar di rumah.

TOPIK 4 KELAS NOVEMBER

Muka → Badan → Gaya → Pakaian.
Langkah demi langkah.

16 NOV · ISNIN8.00–10.00 malam
Lakaran kartun: muka dan ekspresi

Asas melukis muka

Bentuk muka, kedudukan ciri wajah dan ekspresi untuk menghidupkan karakter.

17 NOV · SELASA8.00–10.00 malam
Lakaran kartun: bentuk badan

Asas bentuk badan

Bina tubuh daripada bentuk mudah dan fahami hubungan bahagian badan.

18 NOV · RABU8.00–10.00 malam
Lakaran kartun: gaya aksi

Asas gaya aksi

Cuba posing dan pergerakan supaya karakter kelihatan lebih hidup.

19 NOV · KHAMIS8.00–10.00 malam
Lakaran kartun: pakaian dan aksesori

Asas melukis pakaian

Tambah pakaian dan aksesori yang membantu membentuk identiti watak.

Semua kelas dijalankan secara online melalui Google Meet.

CONTOH BAHAN LATIHAN

Bukan sekadar tengok.
Anak ada ruang untuk cuba.

Modul PDF membantu anak berlatih dengan panduan bentuk, ruang melukis dan aktiviti kreativiti.

Contoh modul kelas terdahulu: Kepelbagaian bentuk muka
Contoh modul kelas terdahulu: Kepelbagaian wajah
Contoh modul kelas terdahulu: Kepelbagaian bentuk badan
Contoh modul kelas terdahulu: Pakaian pada karakter
Contoh modul kelas tahun lepas. Modul bengkel November 2026 akan disesuaikan dan mempunyai sedikit perubahan. Klik gambar untuk lihat halaman penuh dan contoh catatan pengajar.
BUKAN DUDUK TENGOK SAHAJA

Belajar, cuba,
dan bawa pulang hasil.

01 /

4 kelas berpandu

Aliran pembelajaran daripada muka sehingga pakaian.

02 /

Modul PDF boleh cetak

Bahan latihan untuk digunakan bersama sesi pembelajaran.

03 /

Grup khas WhatsApp

Tempat menerima makluman dan persediaan kelas.

04 /

Peluang lukisan terbaik

Peluang mencuba dan menyertai pemilihan lukisan terbaik.

05 /

Sijil penyertaan digital

Kenangan penyertaan yang boleh disimpan.

06 /

Pilihan belajar semula

Rakaman kelas tersedia dalam pakej Standard dan VIP.

SUASANA KELAS ONLINE TERDAHULU

Dari rumah masing-masing,
kita melukis bersama.

Pengajar menunjukkan teknik, peserta cuba pada kertas dan berkongsi latihan sepanjang sesi. Ini antara rakaman suasana kelas Bestnya! yang pernah dijalankan.

Gabungan enam screenshot suasana kelas online Bestnya! terdahulu
Pelukis Komik dengan lebih 45 judul buku diterbitkan
Tuan Irfan Foner, pengajar bengkel Bestnya!
IRFAN FONERLogo Irfan Foner
SIAPA PENGAJAR?

Belajar bersama
Irfan Foner.

Pelukis komik, penerbit dan pengajar bengkel Bestnya! yang akan membimbing anak sepanjang empat sesi ini.

  • Lebih 15 tahun pengalaman dalam lukisan dan penerbitan komik secara komersial.
  • Penulis dan pelukis Buku Aktiviti Bestnya! Melukis Karakter.
  • Mengendalikan lebih 50 Bengkel Bestnya! Melukis Komik di seluruh Semenanjung Malaysia

Fokus bengkel ialah membantu peserta memahami asas, mencuba teknik dan mengembangkan idea karakter mereka sendiri.

“Tak pandai melukis pun tak apa. Yang penting, kita belajar teknik yang betul sama-sama!”— Irfan Foner
PILIH CARA ANAK BELAJAR

Satu minat.
Tiga pilihan pakej.

BASIC LIVE
RM39

Untuk mula belajar dalam sesi live.

  • Boleh ditonton seisi rumah (tiada had adik beradik)
  • Grup khas WhatsApp
  • 4 kelas online
  • Modul PDF
  • Peluang lukisan terbaik
  • Sijil penyertaan digital
Pilih Basic ↗
STANDARD LIVE + RAKAMAN
RM50

Belajar live, kemudian ulang semula.

  • Boleh ditonton seisi rumah (tiada had adik beradik)
  • Grup khas WhatsApp
  • 4 kelas online
  • Modul PDF
  • Peluang lukisan terbaik
  • Sijil penyertaan digital
  • Rakaman kelas
Pilih Standard ↗
PAKEJ PALING LENGKAPVIP
LIVE RAKAMAN KELAS EKSTRA BUKU
RM85

Untuk anak yang nak terus berkreativiti.

  • Boleh ditonton seisi rumah (tiada had adik beradik)
  • Grup Khas Whatsapp VIP
  • 4 Kelas Online + 1 Kelas PERCUMA
  • Modul PDF
  • Peluang lukisan terbaik
  • Sijil penyertaan digital
  • Rakaman kelas
  • Buku Aktiviti Bestnya! Melukis Karakter (harga asal RM35)
  • Penghantaran percuma
  • Kelas ekstra percuma: Melukis Stiker Karakter
Pilih VIP ↗
Bestseller!Terjual lebih 20,000 naskhah
Cover Buku Bestnya! Melukis Karakter
Contoh halaman aktiviti dalam buku: Melukis mataContoh halaman aktiviti dalam buku: Pelbagai sudut kepalaContoh halaman aktiviti dalam buku: Gaya chibi
BUKU UNTUK SAMBUNG BERLATIH

Bestnya!
Melukis Karakter.

Asas mencipta watak anda sendiri, ditulis dan dilukis oleh Irfan Foner.

Saiz A464 halamanStaple bind30 aktiviti

Belajar cara melukis gaya anime, postur, tangan, kaki dan aksesori, semua dalam satu buku!

Termasuk dalam pakej VIP RM85

Buku bernilai RM35 + penghantaran percuma.

NAK BUAT LATIHAN TAMBAHAN MELUKIS KARAKTER?

Dapatkan buku aktiviti ini di sini :

bestnya.com.my ↗

Masukkan kod baucar FREESHIP untuk dapatkan penghantaran percuma (bernilai RM 9). Pembelian minimum RM 60.

JAMINAN

Belajar dengan lebih yakin.

Sekiranya anda rasa tidak berpuas hati dengan kelas yang dihadiri, hubungi kami untuk konsultansi PERCUMA. Yuran anda tidak akan dikembalikan.

REMINDER UNTUK MAK AYAHAnak-anak beruniform sekolah gembira selepas tamat peperiksaan hujung tahun

Tanya anak, kalau dah minat, terus daftar. Raikan mereka setelah setahun penat bersekolah.

Sediakan kertas, pensel, pemadam dan ruang belajar yang selesa. Pastikan peranti boleh membuka Google Meet dan internet stabil.

16–19 Nov 20268–10 malam9–17 tahun
Pilih pakej untuk anak ↗
CONTACT US

Ada soalan?
Tanya sahaja tim Bestnya!

Semak kesesuaian bengkel, pilihan pakej atau maklumat pendaftaran bersama Team Bestnya.

WhatsApp tim Bestnya ↗
Komik Mesra Famili
Butiran syarikat
Irfan Foner Studio
SSM: 201803248332
30, Jalan 4/23B, Taman Danau Kota,
53300 Kuala Lumpur.
© 2026 Bestnya! · Bengkel Melukis Karakter

Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
[RM 39 - BASIC] Bengkel Online Bestnya! Melukis KARAKTER - 16-19 Nov 2026 / Google Meet
[RM 50 - STANDARD] Bengkel Online Bestnya! Melukis KARAKTER - 16-19 Nov 2026 / Google Meet
[RM 85 - VIP] Bengkel Online Bestnya! Melukis KARAKTER - 16-19 Nov 2026 / Google Meet + Buku + Kelas Extra
JUMLAH
Jumlah Keseluruhan Sebelum Penggenapan
Pelarasan Penggenapan
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN


BUTIRAN PESERTA



Maklumat Peniaga

Irfan Foner Studio (SSM: 201803248332)
siribestnya@gmail.com
+60185704720
Mohon bantuan