(HQ) Bengkel Bestnya! Melukis Komik Siri Kelas Okt 2026 PELBAGAI GENRE : Seram, Aksi, Cinta & Lawak
ANDA PELUKIS KOMIK/ANIMASI?
Tak kira Freelance atau Sepenuh Masa, atau anda bercita-cita untuk menjadi Pelukis Komik Professional?
ANDA STRUGGLE NAK MENANG PERADUAN MELUKIS KOMIK?
Lukisan dah cantik, tapi orang masih tak faham komik yang anda lukis?
...
Jemput daftar ke
Bengkel Bestnya! Melukis Komik : PELBAGAI GENRE untuk Siri Kelas Oktober 2026 ini!
(Jangan risau. Ini bukan kelas A.I.)

[SIRI BBMK HQ] BENGKEL BESTNYA! MELUKIS KOMIK : PELBAGAI GENRE
KELAS MELUKIS KOMIK SERAM
Tarikh : 10 Oktober 2026 (Sabtu)
KELAS MELUKIS KOMIK AKSI
Tarikh : 17 Oktober 2026 (Sabtu)
KELAS MELUKIS KOMIK CINTA
Tarikh : 24 Oktober 2026 (Sabtu)
KELAS MELUKIS KOMIK LAWAK
Tarikh : 31 Oktober 2026 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang
Lokasi : Bestnya! HQ, Danau Kota, Kuala Lumpur (cari di Google Map)
Penganjur : Bestnya! HQ
Pengajar : Tuan Irfan Foner
Peserta : 20 orang peserta setiap kelas (Kelas Fizikal Remaja & Dewasa sahaja)
Yuran : Lihat Bawah
PERHATIAN!
Bengkel ini bukan untuk kanak-kanak.
Pengisian agak berat dan agak teknikal. Bengkel ini berfokus kepada pelukis komik professional atau hobi, khas untuk yang berusia 13 tahun ke atas, sedang fokus pada kerjaya dan cita-cita.

SEPANJANG LEBIH 15 TAHUN SAYA BERKARYA, BELUM PERNAH LAGI SAYA LIHAT ADA SYARIKAT ATAU PELUKIS KOMIK YANG ANJURKAN BENGKEL BERGENRE BEGINI.
Yup, betul.
Kebiasaannya yang ada,
Bengkel Asas Melukis Komik
Bengkel Asas Melukis Kartun
Bengkel Asas Animasi
Betul dah kelas Asas tu. Saya pun buat Bengkel Bestnya! Melukis Komik secara asas dengan kanak-kanak. Siap jelajah Semenanjung lagi. Tak salah pun.
Cuma, saya fikirkan yang, sudah sampai masanya kita STEP UP THE GAME.
Asyik ajar perkara yang ramai pelukis professional dah tahu.
Mereka nak belajar juga tentang, genre, storytelling, tips dan teknik yang lebih advance.
Baiklah, kali ini kita ajarkan. Lebih berfokus. Lebih meriah dengan pelbagai genre.
Terpulang pada anda kalau anda rasa kelas-kelas ini berbaloi.
Di bawah ini saya kongsikan apa yang akan pelajari dan perolehi dari bengkel yang saya anjurkan ini.


Minta maaf makanan berat tak disediakan. Kami berikan snek dan minuman sahaja untuk kudap-kudap. Tapi di sekeliling pejabat kami, ada banyak kedai makan dan mall. Boleh sahaja ke sana ketika waktu rehat.

Kalau ada yang datang dari jauh, ada juga hotel bajet berdekatan. Walking distance sahaja. Seberang jalan, sampai. InsyaAllah selesa.
Kalau sambil belajar nak hantar kereta ke bengkel atau cuci, ada je di sekeliling pejabat kami. Lepas habis kelas, ambil semula kereta. Haha.


Ini sedikit profil tentang saya, IRFAN FONER.
Masih lagi bertatih dalam melukis komik. Masih nobody. Orang tak kenal saya pun. Cuma saya suka belajar dan saya suka mengajar. Profil di atas sekadar nak show off supaya kalau yang betul-betul tak kenal saya boleh kenal sikit-sikit.
Sekali lagi, saya masih sekadar nobody. Kalau anda boleh percayakan saya hanya dengan profil ringkas ini, alhamdulillah saya amat hargai.
Hah, berapa harga yuran bengkel ini?
JENG JENG JENG...

Saya tak jangka yang ramai akan ambil pakej Kombo. Tapi ia sekadar satu hadiah untuk anda yang percayakan kami dan sudi hadir keempat-empat kelas Oktober ini. Terima kasih!
Saya tambahkan tawaran bonus Coaching 1-to-1 secara PERCUMA dengan saya untuk konsultansi peribadi untuk kita sama-sama kaji tentang komik yang anda hasilkan. InsyaAllah. Tak sabar saya menantikan.
MAKLUMAN
Pendaftaran secara online sahaja. TIADA WALK-IN.
Kepada anda yang ingin mendaftar dalam kelas ini :
1. Ketika kelas, kami akan berikan modul cetakan untuk setiap peserta. Anda bawa alat tulis dan alat melukis anda sahaja. Tiada fail digital akan diberikan.
2. Pastikan makan dulu sebelum kelas untuk pastikan perut anda bertahan dan kekal fokus sehingga tengah hari. Surau dan tandas disediakan dengan ruang yang minimum.
3. Saya tidak akan memaksa anda untuk menghantar hasil tugasan selepas kelas. Namun sekiranya anda hendak berkongsi, saya amat alu-alukan dan kelebihan untuk anda kerana boleh mendapatkan pandangan untuk tambah baik.
4. Disebabkan saiz pejabat kami tak berapa besar, kami hanya boleh menerima 20 orang peserta sahaja dalam 1 masa. Sekiranya pada tiket sebanyak 20 set habis, maka kami tidak akan lagi buka pendaftaran sehingga hari kelas berlangsung.
====

DAFTAR SEKARANG SEMENTARA MASIH ADA TEMPAT!
