“Kenapa aku
tak pernah menang?”
Dah habiskan masa siapkan lukisan. Dah cuba masuk peraduan. Tapi hasilnya masih belum seperti yang saudara harapkan.
Jom daftarSIRI OKTOBER 2026 KELAS FIZIKAL · REMAJA & DEWASA
Belajar kaedah buat komik pelbagai genre yang berpotensi menang peraduan melukis — dalam kelas fizikal 4 jam.
Jemput datang ke Bengkel Bestnya! Melukis Komik Pelbagai Genre.
Walaupun anda tak pandai melukis.
Bermula RM60 / kelas · 20 peserta sahaja setiap kelas
PERNAH TAK SAUDARA RASA MACAM NI?
Dah habiskan masa siapkan lukisan. Dah cuba masuk peraduan. Tapi hasilnya masih belum seperti yang saudara harapkan.
Dalam kepala, ceritanya menarik. Bila nak susun jadi panel komik, tak tahu dari mana nak mula.
Itu yang orang tanya selepas baca. Lukisan dah cantik, tapi mereka tak faham apa yang saudara nak sampaikan.
Kita selalu berlatih melukis.
Sekarang, jom berlatih bercerita.
“Sepanjang saya melukis dan menerbitkan komik sejak 2009, saya dah baca banyak komik karyawan Malaysia. Satu kelemahan yang selalu saya nampak: lukisan memang cantik, tapi tak faham apa yang nak disampaikan.”
Selalunya kita melatih kemahiran melukis, tetapi jarang melatih storytelling. Bengkel ini memberi fokus kepada genre, emosi dan cara bercerita melalui komik.
Baca perkongsian penuh IrfanDARIPADA IDEA KEPADA KOMIK
Kuatkan penceritaan, pemilihan momen dan emosi supaya karya lebih berpotensi menyerlah dalam peraduan.
Susun panel dan aliran bacaan supaya pembaca faham apa yang saudara nak sampaikan.
Belajar terjemahkan idea kepada ekspresi watak, kesan khas dan cerita komik mengikut genre.
Bina emosi dan storytelling yang membuatkan pembaca rasa dekat dengan cerita saudara.
INILAH KELASNYA
Seram yang buat meremang. Aksi yang mendebarkan. Cinta yang menyentuh hati. Lawak yang buat orang ketawa.
Semuanya bermula dengan cara saudara menyampaikan cerita.
Lihat pilihan kelasSimpan tarikh dulu!UNTUK SIAPA?
Untuk remaja dan dewasa berumur 13 tahun ke atas. Kelas ini bukan untuk kanak-kanak; pengisiannya berfokus dan agak teknikal.
Juga sesuai untuk pelukis hobi, penulis, pelukis storyboard dan mahasiswa dalam bidang berkaitan.
TENTATIF PROGRAM
Belajar ekspresi, kesan khas dan storytelling. Kemudian, cuba sendiri dalam satu halaman komik.
Lihat tentatif & contoh modul asalKenali genre pilihan saudaraPengenalan kepada genre.
Aktiviti 1 · Ekspresi watakMelukis ekspresi mengikut genre.
Aktiviti 2 · Kesan khasMelukis kesan khas mengikut genre.
Rehat sekejap
Aktiviti 3 · StorytellingPenceritaan komik mengikut genre.
Aktiviti 4 · Jom praktikalMelukis satu halaman komik.
Bergambar & bersurai
Cadangan tentatif boleh berubah mengikut modul dan situasi.
APA YANG SAUDARA AKAN PEROLEH?
Halaman aktiviti dan tips melukis untuk latihan saudara.
Ruang perbincangan dan perkongsian hasil tugasan.
Kudap-kudap sepanjang bengkel.
Membantu saudara sepanjang sesi pembelajaran.
Untuk setiap peserta bengkel.
Untuk peserta dengan hasil lukisan terbaik.
Terokai buku-buku Bestnya di ruang pameran.
Penyaman udara, meja, kerusi, surau dan tandas.
Sarapan dan makan tengah hari tidak disediakan. Tiada rakaman kelas, fail modul digital atau follow-up tugasan selepas kelas. Saudara dialu-alukan berkongsi hasil untuk mendapatkan pandangan.
Surau memuatkan sekitar 4 jemaah, 2 bilik tandas, penyaman udara, parkir kereta serta meja dan kerusi untuk 20 peserta. Kedai makan, pusat beli-belah dan hotel bajet tersedia berdekatan.
Antaranya McDonald's, Nasi Kandar Deen, Nasi Lemak Kangkung, Setapak Central dan AEON Big Danau Kota. Kemudahan sekitar turut termasuk Masjid Ibnu Abbas, Petronas, Shell, 99 Speedmart, 7-Eleven, NinjaVan, Seeds Hotel, dobi, kedai cuci kereta dan bengkel.
JADUAL KELAS · OKTOBER 2026
Semua kelas pada hari Sabtu, 9.00 pagi–1.00 petang.
Bestnya! HQ, Danau Kota, Kuala Lumpur.
Bagaimana komik Junji Ito membina rasa seram? Terokai teknik penceritaan yang membuatkan pembaca meremang.
Saya minat SeramKomik aksi bukan sekadar tumbuk dan tendang. Pelajari penceritaan yang membuatkan pembaca terus teruja.
Saya minat AksiCinta itu luas — ibu bapa, agama dan negara. Bina kisah yang membuatkan pembaca tersenyum dan tersentuh.
Saya minat CintaNak buat orang ketawa tanpa nampak try-hard? Belajar menyampaikan lawak dengan cara yang lebih bersahaja.
Saya minat LawakBELAJAR SAMA-SAMA. BERKARYA SAMA-SAMA.
Ruang untuk bertemu rakan pelukis, berkongsi idea
dan kembali menyiapkan cerita yang lama tersangkut.
PENGASAS & ILUSTRATOR BESTNYA!
Pelukis, penerbit dan pengajar yang suka berkongsi cara menghasilkan komik yang ceritanya sampai kepada pembaca.
“Saya suka belajar dan saya suka mengajar.”
SEDIA NAK MULA?
Pilih satu genre kegemaran, atau lengkapkan keempat-empat kelas.
MULA DENGAN SATU GENRE
Seram, Aksi, Cinta atau Lawak.
Pilih kelas yang saudara nak sertai.
Pilih tiket genre di borang pendaftaran.
EMPAT GENRE. LEBIH BANYAK ILMU.
RM240 untuk empat kelas berasingan.
Seram + Aksi + Cinta + Lawak.
Sesi konsultansi peribadi bersama Tuan Irfan Foner untuk sama-sama mengkaji komik yang saudara hasilkan.
Pilih tiket kombo di borang pendaftaran.
20 peserta sahaja setiap kelas. Pendaftaran online sahaja. Tiada walk-in.
01Bawa alat tulis dan alat melukis sendiri. Modul cetakan disediakan; tiada fail digital diberikan.
02Makan dahulu sebelum kelas supaya boleh kekal fokus. Surau dan tandas tersedia dengan ruang terhad.
03Hasil tugasan selepas kelas tidak wajib dihantar. Jika nak berkongsi untuk mendapatkan pandangan, sangat dialu-alukan.
04Pendaftaran ditutup apabila 20 tiket kelas habis. Daftar melalui borang online sementara masih ada tempat.
Lengkapkan butiran dalam borang pendaftaran.
Ruangan yang wajib diisi
Maklumat Peniaga
| Irfan Foner Studio (SSM: 201803248332) | |
| siribestnya@gmail.com | |
| +60185704720 |



