(HQ) Pendaftaran Bengkel Bestnya! Melukis Karakter Menggunakan AFFINITY - 12 Sept 2026

ANDA PELUKIS KOMIK/ANIMASI?

TERFIKIR BAGAIMANA NAK KEMBANGKAN ORIGINAL CHARACTER (OC) ANDA MENJADI IP YANG ANDA BOLEH BANGGAKAN?

ATAU ANDA NAK CIPTA STUDIO ANDA SENDIRI DAN MAHU DELEGASI KERJA MELUKIS TANPA MENJEJASKAN STROKE ANDA?

ATAU ANDA IBU AYAH / GURU YANG NAK BELAJAR MENUKARKAN GAMBAR KEPADA LUKISAN VEKTOR UNTUK TUJUAN PENDIDIKAN SENI ANAK-ANAK?

...

Jemput daftar ke

Bengkel Bestnya! Melukis Karakter Menggunakan Affinity @ Bestnya HQ ini!

(Jangan risau. Ini bukan kelas A.I.)




[SIRI BBMK HQ] BENGKEL BESTNYA! MELUKIS KARAKTER MENGGUNAKAN AFFINITY

Tarikh : 12 September 2026 (Sabtu)

Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang

Lokasi : Bestnya! HQ, Danau Kota, Kuala Lumpur (cari di Google Map)

Penganjur : Bestnya! HQ

Pengajar : Tuan Irfan Foner

Peserta : 20 orang peserta sahaja (Kelas Dewasa sahaja)

Yuran : Lihat Bawah


PERHATIAN!

Bengkel ini bukan untuk kanak-kanak.

Pengisian agak berat dan agak teknikal. Bengkel ini berfokus kepada pelukis komik professional atau hobi, khas untuk yang berusia 18 tahun ke atas, sedang fokus pada kerjaya dan cita-cita. Namun, sekiranya pelajar sekolah menengah yang pandai menggunakan laptop, suka melukis dan serius mahu belajar, kami benarkan.




RAMAI YANG TANYA. KENAPA NAK KENA PAKAI AFFINITY? TAK BOLEH PAKAI PERISIAN LAIN?

Boleh sahaja. Tak paksa pun.

Cuma sebab saya (Irfan Foner) dah gunakan perisian ini sejak tahun 2017, sebagai alternatif utama kepada Adobe. Amatlah rekemen.

Kenapa?

Sebab Adobe mahal, bang. Sampai RM 200 sebulan.

AFFINITY? Percuma.

Sekarang dah dibeli oleh Canva. Nak edit buku, nak melukis, nak edit gambar, dalam satu perisian je. Mudah.

Sekali lagi saya ulang. PERCUMA. Ya, P.E.R.C.U.M.A. Tiada kos tersembunyi. Serius.


"Tapi kan ada perisian-perisian lain? Macam Medibang, Krita, Procreate etc"

Oh, boleh sahaja. Tak ada masalah pun. Kan dah kata, tak ada paksaan pun nak guna Affinity ni.


Cuma sebab hampir 10 tahun saya gunakan Affinity, dan pengalaman melukis komik lebih 15 tahun ni buat saya belajar satu perkara la.


DELEGATION

Yup. Mengagihkan kerja.

Mengagihkan kerja. Kerja melukis. Nak pastikan semua orang ada stroke yang sama macam saya.

Fuh, mencabau (orang Melaka ke?).


Tapi sebab bila dah mula berkenalan dengan lukisan vektor, saya rasa, "Inilah masa depan."


Tak masa depan sangatlah. Sekarang zaman AI. Klik2 dah siap.


Tapi ini untuk anda yang betul-betul serius nak berjaya dalam bidang kreatif, yang nak hasil kreativiti tu betul-betul mengikut acuan bakat anda sendiri.


Saya rekemennnn anda untuk daftar ke kelas Affinity ni.


Sekali lagi, tiada paksaan.


Anda boleh teruskan dengan aktiviti melukis komik digital gaya pixel anda.


Saya tetap berkarya dengan melukis komik digital gaya vektor saya.


Kalau anda nak belajar, mari daftar.


Di bawah ini saya kongsikan apa yang akan pelajari dan perolehi dari bengkel yang saya anjurkan ini.





Minta maaf makanan berat tak disediakan. Kami berikan snek dan minuman sahaja untuk kudap-kudap. Tapi di sekeliling pejabat kami, ada banyak kedai makan dan mall. Boleh sahaja ke sana ketika waktu rehat.




Kalau ada yang datang dari jauh, ada juga hotel bajet berdekatan. Walking distance sahaja. Seberang jalan, sampai. InsyaAllah selesa.

Kalau sambil belajar nak hantar kereta ke bengkel atau cuci, ada je di sekeliling pejabat kami. Lepas habis kelas, ambil semula kereta. Haha.





Ini sedikit profil tentang saya, IRFAN FONER.


Masih lagi bertatih dalam melukis komik. Masih nobody. Orang tak kenal saya pun. Cuma saya suka belajar dan saya suka mengajar. Profil di atas sekadar nak show off supaya kalau yang betul-betul tak kenal saya boleh kenal sikit-sikit. 


Sekali lagi, saya masih sekadar nobody. Kalau anda boleh percayakan saya hanya dengan profil ringkas ini, alhamdulillah saya amat hargai.



Hah, berapa harga yuran bengkel ini?


JENG JENG JENG...






MAKLUMAN

Pendaftaran secara online sahaja. TIADA WALK-IN.


Kepada anda yang ingin mendaftar dalam kelas ini :

1. Pastikan anda ada laptop dan pandai menggunakannya. Ketika bengkel nanti, laptop/komputer tidak akan disediakan. Anda perlu bawa laptop anda sendiri.

2. Perisian Affinity nanti saya akan berikan link dan cara installnya seminggu sebelum kelas. Jangan risau, tiada Trial. Memang 100% Percuma. Kalau anda nak install dulu dan godek-godek sebelum kelas, saya amat galakkan.

3. Ketika kelas, kami akan berikan modul cetakan untuk setiap peserta.

4. Pastikan makan dulu sebelum kelas untuk pastikan perut anda bertahan dan kekal fokus sehingga tengah hari. Surau dan tandas disediakan dengan saiz yang minimum.

5. Saya tidak akan memaksa anda untuk menghantar hasil tugasan selepas kelas. Namun sekiranya anda hendak berkongsi, saya amat alu-alukan dan kelebihan untuk anda kerana boleh mendapatkan pandangan untuk tambah baik.

6. Disebabkan saiz pejabat kami tak berapa besar, kami hanya boleh menerima 20 orang peserta sahaja dalam 1 masa. Sekiranya pada tiket Early Bird sebanyak 20 set habis, maka kami tidak akan lagi buka pendaftaran sehingga hari kelas berlangsung.



====




DAFTAR SEKARANG SEMENTARA MASIH ADA TEMPAT!





Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
[RM 99] TIKET EARLY BIRD - Bengkel Bestnya! Melukis Karakter Menggunakan AFFINITY 12.9.26 HQ
20
[RM 149] (Tawaran 24-31 Ogos) - Bengkel Bestnya! Melukis Karakter Menggunakan AFFINITY 12.9.26 HQ BELUM MULA
[RM 199] (Tawaran 1-6 Sept) - Bengkel Bestnya! Melukis Karakter Menggunakan AFFINITY 12.9.26 HQ BELUM MULA
[RM 249] (NORMAL) - Bengkel Bestnya! Layout Buku & Komik Menggunakan AFFINITY 26.9.26 HQ BELUM MULA
JUMLAH
Jumlah Keseluruhan Sebelum Penggenapan
Pelarasan Penggenapan
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN


BUTIRAN PESERTA



Maklumat Peniaga

Irfan Foner Studio (SSM: 201803248332)
siribestnya@gmail.com
+60185704720
Mohon bantuan