(HQ) Pendaftaran Bengkel Bestnya! Layout Buku & Komik Menggunakan AFFINITY - 26 Sept 2026
ANDA PENULIS/PELUKIS YANG NAK TERBITKAN SENDIRI BUKU ATAU KOMIK ANDA?
ANDA EDITOR BUKU YANG SEDANG EXPLORE PERISIAN ALTERNATIF KEPADA ADOBE?
ANDA GURU ATAU AHLI PERSATUAN YANG NAK BELAJAR HASILKAN BUKU PROGRAM?
...
Jemput daftar ke
Bengkel Bestnya! Layout Buku & Komik Menggunakan Affinity @ Bestnya HQ ini!
(Jangan risau. Ini bukan kelas A.I.)

[SIRI BBMK HQ] BENGKEL BESTNYA! LAYOUT BUKU & KOMIK MENGGUNAKAN AFFINITY
Tarikh : 26 September 2026 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang
Lokasi : Bestnya! HQ, Danau Kota, Kuala Lumpur (cari di Google Map)
Penganjur : Bestnya! HQ
Pengajar : Tuan Irfan Foner
Peserta : 20 orang peserta sahaja (Kelas Dewasa sahaja)
Yuran : Lihat Bawah
PERHATIAN!
Bengkel ini bukan untuk kanak-kanak.
Bengkel ini menggunakan laptop sepenuhnya. Khas untuk orang dewasa yang bercita-cita untuk terbitkan buku sendiri dan editor yang bekerja di rumah penerbitan.

RAMAI YANG TANYA. KENAPA NAK KENA PAKAI AFFINITY? KENAPA TAK PAKAI ADOBE? CANVA KE? KAN LAGI MUDAH?
Boleh sahaja. Tak paksa pun.
Cuma sebab saya (Irfan Foner) dah gunakan perisian ini sejak tahun 2017, sebagai alternatif utama kepada Adobe. Amatlah rekemen.
Kenapa?
Sebab Adobe mahal, bang. Sampai RM 200 sebulan.
AFFINITY? Percuma.
Sekarang dah dibeli oleh Canva. Nak edit buku, nak melukis, nak edit gambar, dalam satu perisian je. Mudah.
Sekali lagi saya ulang. PERCUMA. Ya, P.E.R.C.U.M.A. Tiada kos tersembunyi. Serius.
"Okey, faham. Tapi Canva pun kan percuma?"
Canva bukan perisian khusus untuk buku. Ya, anda masih boleh hasilkan layout secara ringkas melalui Canva. Tetapi untuk terbitkan buku secara professional, tersusun, nampak cantik dan bersistem, Affinity lah jawapannya.
Atau senang kata lainnya, saya tak pandai guna Canva. Gitulah.
Tapi saya pandai guna Affinity. Saya ajarlah perisian yang saya pandai! Haha.
Di bawah ini saya kongsikan apa yang akan pelajari dan perolehi dari bengkel yang saya anjurkan ini.


Minta maaf makanan berat tak disediakan. Kami berikan snek dan minuman sahaja untuk kudap-kudap. Tapi di sekeliling pejabat kami, ada banyak kedai makan dan mall. Boleh sahaja ke sana ketika waktu rehat.

Kalau ada yang datang dari jauh, ada juga hotel bajet berdekatan. Walking distance sahaja. Seberang jalan, sampai. InsyaAllah selesa.
Kalau sambil belajar nak hantar kereta ke bengkel atau cuci, ada je di sekeliling pejabat kami. Lepas habis kelas, ambil semula kereta. Haha.

Ini sedikit profil tentang saya, IRFAN FONER.
Masih lagi bertatih dalam melukis komik. Masih nobody. Orang tak kenal saya pun. Cuma saya suka belajar dan saya suka mengajar. Profil di atas sekadar nak show off supaya kalau yang betul-betul tak kenal saya boleh kenal sikit-sikit.
Sekali lagi, saya masih sekadar nobody. Kalau anda boleh percayakan saya hanya dengan profil ringkas ini, alhamdulillah saya amat hargai.
Hah, berapa harga yuran bengkel ini?
JENG JENG JENG...

MAKLUMAN
Pendaftaran secara online sahaja. TIADA WALK-IN.
Kepada anda yang ingin mendaftar dalam kelas ini :
1. Pastikan anda ada laptop dan pandai menggunakannya. Ketika bengkel nanti, laptop/komputer tidak akan disediakan. Anda perlu bawa laptop anda sendiri.
2. Perisian Affinity nanti saya akan berikan link dan cara installnya seminggu sebelum kelas. Jangan risau, tiada Trial. Memang 100% Percuma. Kalau anda nak install dulu dan godek-godek sebelum kelas, saya amat galakkan.
3. Ketika kelas, kami akan berikan modul cetakan untuk setiap peserta.
4. Pastikan makan dulu sebelum kelas untuk pastikan perut anda bertahan dan kekal fokus sehingga tengah hari. Surau dan tandas disediakan dengan saiz yang minimum.
5. Saya tidak akan memaksa anda untuk menghantar hasil tugasan selepas kelas. Namun sekiranya anda hendak berkongsi, saya amat alu-alukan dan kelebihan untuk anda kerana boleh mendapatkan pandangan untuk tambah baik.
6. Disebabkan saiz pejabat kami tak berapa besar, kami hanya boleh menerima 20 orang peserta sahaja dalam 1 masa. Sekiranya pada tiket Early Bird sebanyak 20 set habis, maka kami tidak akan lagi buka pendaftaran sehingga hari kelas berlangsung.
====

DAFTAR SEKARANG SEMENTARA MASIH ADA TEMPAT!
