Pendaftaran Bengkel Bestnya! Melukis Komik (BBMK) SUKAN - 5 Julai 2026 - Bestnya HQ, Danau Kota
IBU AYAH NAK 'BREAKFAST DATE' PADA HUJUNG MINGGU?
...
Alang-alang nak nak ber'me-time', daftarlah anak-anak ke
Bengkel Bestnya! Melukis Komik (BBMK) @ Bestnya HQ ini!

[SIRI BBMK HQ] BENGKEL BESTNYA! MELUKIS KOMIK SUKAN (Level : Junior)
Tarikh : 5 Julai 2026 (Ahad)
Masa : 9.00 pagi - 12.00 t/hari
Lokasi : Bestnya! HQ, Danau Kota, Kuala Lumpur (cari di Google Map)
Penganjur : Bestnya! HQ
Pengajar : Tuan Irfan Foner
Peserta : 25 orang peserta sahaja (10-18 tahun)
Yuran : RM 50/peserta
PERHATIAN!
Bengkel ini bukan untuk anak-anak kecil.
Pengisian mungkin sedikit berat dan peserta dengan kemahiran melukis yang baik adalah dialu-alukan. Dibimbangi ibu ayah yang mahu daftarkan anak-anak kecil, modul ini mungkin akan membosankan mereka.
===
"ANAK KE KELAS, IBU AYAH 'BREAKFAST DATE' SARAPAN ROTI CANAI!"
Nanti pukul 12 pm, datang ambil semula anak, bawa makan tengah hari. Hehe..




MAKLUMAN
Pendaftaran secara online sahaja. TIADA WALK-IN.
Kepada Ibu Ayah yang berjaya mendaftarkan anak :
1. Ambil maklum bahawa kelas mungkin akan tamat lebih lewat dari jangkaan pukul 12.00 tengah hari. Maksimum masa tamat mungkin jam 12.45 pm, bergantung pada bagaimana pergerakan bengkel pada hari tersebut.
2. Anak-anak mungkin lapar menjelang tengah hari. Pastikan mereka bersarapan berat seperti nasi lemak untuk kekalkan tenaga mereka hingga tengah hari.
3. Hanya modul sahaja kami sediakan. Mohon ibu ayah sediakan anak-anak dengan alat tulis bersesuaian.
====
DAFTAR SEKARANG SEMENTARA MASIH ADA TEMPAT!
