BENGKEL ONLINE BESTNYA! MELUKIS KOMIK BERSAMA IRFAN FONER
Bengkel ini khas untuk ibu ayah yang mencari kelas melukis komik untuk anak-anak!
Anak suka melukis, penuh dalam laci dengan lukisannya. Ibu ayah pening mana nak hantar anak supaya mereka dapat belajar teknik melukis dengan betul?
Apa kata cuba daftarkan mereka ke
BENGKEL ONLINE
BESTNYA! MELUKIS KOMIK
BERSAMA IRFAN FONER
APA YANG AKAN DIPELAJARI DARI BENGKEL INI?
Dalam siri bengkel Bestnya! Melukis Komik, peserta bukan sekadar lihat dan tiru apa yang diajar, tetapi peserta akan belajar :
1. Berfikir secara konsepsual dengan mengembangkan banyak potensi idea dari satu-satu tema.
2. Bina jalan cerita sendiri berpandukan elemen-elemen yang dikeluarkan.
3. Melukis sesuatu secara mudah yang boleh diaplikasikan dalam ulangkaji pelajaran di sekolah (Draw-based Learning).
4. Komposisi iaitu menyusun elemen dalam 4 petak komik dan memilih momen yang tepat berdasarkan jalan cerita yang dibina
5. Empati - melihat dari sudut pandang pembaca, apa yang difahami dan impak cerita pada pembacaan
"ANAK SAYA BOLEH SERTAI?"
Sudah tentu boleh! Bengkel ini terbuka untuk semua yang menepati kriteria-kriteria berikut :
✔ Bersifat terbuka untuk belajar benda baharu - iaitu belajar bercerita dengan komik, berbanding sekadar melukis semata-mata tanpa hala tuju
✔ Berusia 9 tahun ke atas (lebih muda daripada itu dibimbangi tak dapat ikuti perjalanan kelas)
✔ Sangat suka melukis dan ingin belajar bagaimana nak kembangkan bakat.
✔ Suka melukis tetapi sukar nak fokus pada subjek dalam kelas
✔ Mahu belajar melukis bersama-sama adik beradik yang lain
SIAPA IRFAN FONER?
Irfan Foner adalah illustrator dan penerbit komik di bawah jenama Bestnya! - Komik Mesra Famili.
Beliau berpengalaman dalam bidang penerbitan komik sejak tahun 2009 dan sudah menerbitkan lebih 7 judul komik lukisannya dan 7 judul lukisan dan tulisan penulis dan ilustrator lain, termasuk buku terbaharu beliau, Bestnya! Melukis Komik - Untuk Pemula.
Beliau pernah mempamerkan hasil kerjanya di China Children Book Fair 2014 di Shanghai, Kuala Lumpur Trade & Copyright Centre 2015 di PWTC dan pernah mengendalikan bengkel komik di Seoul, Korea Selatan, selain menyertai beberapa edisi Asian Festival Children Content di Singapura pada 2015-2019.
Beliau pemegang Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dan Rekaan Dalaman (Applied Arts & Design - Interior Design) dari UIAM Gombak.
Selain dari menghasilkan komik yang menarik, beliau juga mengendalikan bengkel-bengkel melukis komik yang dianjurkan oleh pihak Masjid, Universiti, Sekolah dan NGO di seluruh Semenanjung Malaysia melalui program Bengkel Bestnya! Melukis Komik.
SENARAI JADUAL BENGKEL BESTNYA! MELUKIS KOMIK
Bengkel Online BESTNYA! MELUKIS KOMIK
2 November 2024 (Sabtu)
Melukis Komik SAINS
3 November 2024 (Ahad)
Melukis Komik SEJARAH
9 November 2024 (Sabtu)
Melukis Komik PERIBAHASA
10 November 2024 (Ahad)
Melukis Komik MATEMATIK
BERAPA YURANNYA?
Setiap bengkel Bestnya! Melukis Komik yang dikendalikan oleh Irfan Foner yurannya ada yang sehingga bernilai RM 50/kelas. Ini adalah nilai yuran yang mampu milik untuk ibu ayah yang mahu meraikan bakat melukis anak-anak. Sekiranya 4 kelas, maka jumlah sebenar pelaburan anda adalah RM 200.00!
Namun begitu, ia tidak adil kerana tiada kos besar yang ditanggung seperti sewaan ruang kelas, pengangkutan dan sebagainya. Oleh itu, kami tawarkan harga yang lebih berbaloi untuk anda daftarkan anak-anak anda sekarang!
KEJAP.. NANTI DULU! TAK HABIS CERITA LAGI.
Sebenarnya kami nak raikan lagi pada pendaftar-pendaftar terawal bengkel ini! Sudah tentu lebih awal anda daftar, lebih banyak penjimatan anda.
ADA PROMOSI LAGI? YA, ADA!
Khas untuk anda yang mahu mendaftar kelas dan mahu beli sekali buku terbaharu Siri Bestnya iaitu Koleksi buku Siri Bestnya! Melukis. Kami berikan sekali PENGHANTARAN PERCUMA untuk pembelian buku Bestnya! Melukis Komik - Untuk Pemula, Kombo Famili atau Kombo PESTA, bersekali dengan harga promosi untuk anda!
Masukkan kod baucar ini sebelum checkout untuk diskaun penghantaran percuma :
BBMKON9
TUNGGU APA LAGI? DAFTAR SEKARANG UNTUK DAPATKAN HARGA EARLY BIRD!