BENGKEL ONLINE BESTNYA! MELUKIS KARAKTER - FEB 2025


Kami terrrrrima baaaanyaak permintaan untuk adakan kelas ini.


BENGKEL ONLINE 

BESTNYA! MELUKIS KARAKTER

BERSAMA IRFAN FONER

Iyaaaa...! 

"Anak saya suka lukis watak anime. Boleh buat kelas ajar cara lukis watak dengan betul?"

Usah risau lagi ibu ayah! Kami nak anjurkanlah ini! 




APA YANG KAMI LIHAT SEPANJANG KENDALIKAN LEBIH 35+ BENGKEL MELUKIS?


Ya, sepanjang lebih setahun kami kendalikan bengkel Bestnya! Melukis Komik secara fizikal dan online, kami perasan banyak kelemahan pada lukisan-lukisan peserta :


1. Lukisan Sekadar Tekapan Anime   

Kebanyakannya suka lukis gaya Anime. Ini tiada masalah. Namun masalah datang apabila kami minta mereka lukiskan dari sisi lain. Mereka akan teragak-agak dan lukisan tak secantik tadi.

Hal ini kerana mereka sekadar lukis dari menekap tangkap layar anime yang mereka suka, tapi tidak faham struktur di belakangnya.


2. Garisan Kaku dan Mendatar

Ini biasa kelihatan. Kebanyakan lukisan peserta adalah mendatar seperti lempeng. Garisan tak kemas, bengkang-bengkok dan watak tersenyum kaku. Apabila lukisan tiada struktur dan garisan yang yakin, watak tiada jiwa untuk hidup.


3. Lukisan Karakter Tiada Idea Jelas

Apa yang biasanya mereka lukis? Watak bermata besar, tersenyum gembira dan warna warni tanpa sebab. Lukisan yang baik adalah lukisan yang membuatkan pelihatnya faham apa yang cuba disampaikan.

Idea dan mesej pada lukisan karakter sama penting dengan garis dalam lukisan itu sendiri. Ini yang kebiasaannya tiada dalam lukisan anak-anak.



APA YANG AKAN DIPELAJARI DALAM BENGKEL BESTNYA! MELUKIS KARAKTER INI?


Dalam siri bengkel Bestnya! Melukis Karakter ini, peserta bukan sekadar lihat dan tiru, tetapi peserta juga akan belajar :

  1. Melukis secara berstruktur agar tetap boleh melukis kemudian tanpa perlu menekap.
  2. Melukis karakter secara betul, seperti yang dipraktikkan dalam industri penerbitan komik dan animasi.
  3. Melukis karakter yang unik ideanya, membezakan antara satu sama lain dan kewujudannya ada objektif yang jelas.
  4. Melukis pelbagai jenis karakter dengan pelbagai latar belakang, usia, jantina, personaliti dan pakaian.
  5. Melukis terus daripada pengajar yang berpengalaman 15 tahun melukis dan menerbitkan lebih 14 judul komik dan buku aktiviti melukis dengan jualan melebihi 100,000 naskhah keseluruhannya.







"ANAK SAYA BOLEH SERTAI?"


Sudah tentu boleh! Bengkel ini terbuka untuk semua yang menepati kriteria-kriteria berikut :


Bersifat terbuka untuk belajar benda baharu - iaitu belajar melukis secara berstuktur berbanding sekadar melukis semata-mata tanpa hala tuju

Berusia 9 tahun ke atas (lebih muda daripada itu perlu dibimbing oleh ibu bapa/penjaga)

✔ Sangat suka melukis dan ingin belajar secara praktikal dan betul

✔ Mahu belajar melukis bersama-sama adik beradik yang lain





SIAPA IRFAN FONER?

Irfan Foner adalah illustrator dan penerbit komik di bawah jenama Bestnya! - Komik Mesra Famili.

Beliau berpengalaman dalam bidang penerbitan komik sejak tahun 2009 dan sudah menerbitkan lebih 7 judul komik lukisannya dan 7 judul lukisan dan tulisan penulis dan ilustrator lain, termasuk buku terbaharu beliau, Bestnya! Melukis Komik - Untuk Pemula. 

Beliau pernah mempamerkan hasil kerjanya di China Children Book Fair 2014 di Shanghai, Kuala Lumpur Trade & Copyright Centre 2015 di PWTC dan pernah mengendalikan bengkel komik di Seoul, Korea Selatan, selain menyertai beberapa edisi Asian Festival Children Content di Singapura pada 2015-2019.

Beliau pemegang Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dan Rekaan Dalaman (Applied Arts & Design - Interior Design) dari UIAM Gombak.

Selain dari menghasilkan komik yang menarik, beliau juga mengendalikan bengkel-bengkel melukis komik yang dianjurkan oleh pihak Masjid, Universiti, Sekolah dan NGO di seluruh Semenanjung Malaysia melalui program Bengkel Bestnya! Melukis Komik.



SENARAI JADUAL BENGKEL BESTNYA! MELUKIS KARAKTER




Bengkel Online BESTNYA! MELUKIS KARAKTER


3 Februari 2025 (Isnin)

Kelas Asas Melukis MUKA

4 Februari 2025 (Selasa)

Kelas Asas Melukis POSTUR BADAN

5 Februari 2025 (Rabu)

Kelas Asas Melukis PELBAGAI SISI

6 Februari 2025 (Khamis)

Kelas Asas Melukis PAKAIAN



BERAPA YURANNYA?

Setiap bengkel Bestnya! Melukis Komik yang dikendalikan oleh Irfan Foner yurannya ada yang sehingga bernilai RM 50/kelas. Ini adalah nilai yuran yang mampu milik untuk ibu ayah yang mahu meraikan bakat melukis anak-anak. Sekiranya 4 kelas, maka jumlah sebenar pelaburan anda adalah RM 200.00!


Namun begitu, ia tidak adil kerana tiada kos besar yang ditanggung seperti sewaan ruang kelas, pengangkutan dan sebagainya. Oleh itu, kami tawarkan harga yang lebih berbaloi untuk anda daftarkan anak-anak anda sekarang!




KEJAP.. NANTI DULU! TAK HABIS CERITA LAGI.

Sebenarnya kami nak raikan lagi pada pendaftar-pendaftar terawal bengkel ini! Sudah tentu lebih awal anda daftar, lebih banyak penjimatan anda.





ADA PROMOSI LAGI? YA, ADA!

Khas untuk anda yang mahu mendaftar kelas dan mahu beli sekali buku terbaharu Siri Bestnya iaitu Koleksi buku Siri Bestnya! Melukis. Kami berikan sekali PENGHANTARAN PERCUMA untuk pembelian buku Bestnya! Melukis Komik - Untuk Pemula, Kombo Famili atau Kombo PESTA, bersekali dengan harga promosi untuk anda!





Masukkan kod baucar ini sebelum checkout untuk diskaun penghantaran percuma :

BBMK25FEB



TUNGGU APA LAGI? DAFTAR SEKARANG UNTUK DAPATKAN HARGA EARLY BIRD!






Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
PAKEJ FIRST10 - untuk 10 Peserta Terawal BBMKarakter
HABIS STOK
PAKEJ EARLY BIRD - Tiket BBMKarakter (Sehingga 12 Januari 2025)
HABIS STOK
PAKEJ NEWCOMER - Tiket BBMKarakter (Sehingga 26 Januari 2025)
HABIS STOK
PAKEJ LAST MINUTE - Tiket BBMKarakter (Sehingga 2 Februari 2025)
HABIS STOK
PAKEJ STANDARD - Tiket BBMKarakter
KOMBO PESTA - RM 70 (khas untuk peserta BBMK Online) Harga asal : RM 85
75
KOMBO FAMILI- RM 50 (khas untuk peserta BBMK Online)
93
Buku BESTNYA! MELUKIS KOMIK - UNTUK PEMULA - RM 30 (khas untuk peserta BBMK Online) Harga asal : RM 35
63
JUMLAH

Kupon Diskaun

Masukkan kod kupon di bawah (jika ada) dan tuntut!

Kos Penghantaran

Jumlah Keseluruhan Sebelum Penggenapan
Pelarasan Penggenapan
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN



Maklumat Peniaga

Irfan Foner Studio (SSM: 201803248332)
siribestnya@gmail.com
+60185704720
Mohon bantuan