PENGANJURAN BENGKEL BESTNYA! MELUKIS KOMIK DI MASJID/SEKOLAH ANDA!




Anda tengah PENING nak cari program yang menarik untuk hujung minggu dan cuti sekolah nanti?


Anda mungkin :

- AJK Masjid & Surau -

Tengah buntu macam mana nak tarik anak muda singgah masjid di kariah anda

- Guru Panitia Sekolah -

Nak kena anjurkan program yang sesuai untuk minggu/bulan mengikut tema panitia di sekolah anda

- NGO & Komuniti -

Mencari aktiviti sesuai untuk menggembirakan anak-anak tak bernasib baik atau anak ahli komuniti/persatuan


JANGAN RISAU! 

Sebab kami ada pilihan program untuk anda, iaitu :


BENGKEL BESTNYA! MELUKIS KOMIK

BERSAMA

IRFAN FONER










Bengkel Bestnya! Melukis Komik ini boleh memenuhi masa lapang anak-anak ketika minggu persekolahan, hujung minggu dan cuti sekolah!


Kelas minimum 2 jam

Sesuai untuk peserta sekolah rendah, menengah, mahasiswa dan dewasa (modul boleh di-customize mengikut keperluan anda)

Merangkumi topik asas yang menarik tentang melukis komik. Orang tak pandai lukis pun boleh sertai!

Peserta dapat hasilkan komik strip 4 panel selepas tamat kelas

Boleh menyantuni minimum 30 orang peserta dan tiada had maksimum

Bayaran secara lumpsum, bukan per peserta

Meja Pameran dan Jualan komik-komik Siri Bestnya! dengan tawaran istimewa

Hadiah Tajaan untuk kuiz bersama peserta

E-Sijil Penyertaan untuk semua peserta





Siapa yang akan bimbing peserta?




Irfan Foner adalah illustrator dan penerbit komik di bawah jenama Bestnya! - Komik Mesra Famili.

Beliau berpengalaman dalam bidang penerbitan komik sejak tahun 2009 dan sudah menerbitkan lebih 14 judul komik, 6 daripadanya adalah hasil lukisan beliau.

Beliau pernah mempamerkan hasil kerjanya di China Children Book Fair 2014 di Shanghai, Kuala Lumpur Trade & Copyright Centre 2015 di PWTC dan pernah mengendalikan bengkel komik di Seoul, Korea Selatan, selain menyertai beberapa edisi Asian Festival Children Content di Singapura pada 2015-2019.

Beliau pemegang Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dan Rekaan Dalaman (Applied Arts & Design - Interior Design) dari UIAM Gombak.

Selain dari menghasilkan komik yang menarik, beliau juga bergerak sebagai konsultan berfikir kreatif, grafik dan penjenamaan untuk syarikat latihan, institusi dan sekolah.




Ragu-ragu?


Ini Jaminan Kami Untuk Anda Yang Mahu Anjurkan Bengkel Ini di Tempat Anda


Pengajar berpengalaman 15 tahun dalam bidang penerbitan dan ilustrasi komik

Modul yang 'simple' dan direka supaya peserta boleh terus dapat hasil selepas bengkel



Kami akan pulangkan semula bayaran pengajar 100% kepada anda sekiranya anda masih tak berpuas hati selepas bengkel tamat. Biar kami rugi daripada kami menanggung dendam dan kelat di wajah anda. :(






MODUL : Apa yang akan diajar kepada peserta?


- Mencipta Karakter dari Bentuk -

Peserta akan memahami struktur dan cara berfikir kreatif apabila melihat sesuatu



- Melukis Emosi Karakter -

Peserta akan mengenali kepelbagaian reaksi dan mimik muka



- Melukis 'Speech Bubble' -

Peserta akan mengenali perbezaan setiap kotak dialog dalam komik dan cara menggunakannya





- Melukis Komik 3-4 Petak - 

Peserta akan menghasilkan komik mereka sendiri menggunakan karakter yang dicipta




- Pembentangan Lukisan - 

Peserta dapat menunjukkan lukisan komik masing-masing kepada rakan peserta yang hadir





Berapa bayaran kepada pengajar sekiranya mahu dianjurkan bengkel ini?


Berbeza dengan bengkel-bengkel lain, bayaran kepada kami berbentuk LUMPSUM sahaja, bukan per kepala. Maksudnya, bayarannya statik tak kira berapa ramai pun peserta.


Selain itu, anda juga ada pilihan-pilihan lain seperti tambahan Goodies untuk peserta dan tambahan masa untuk beri nilai tambah kepada bakal peserta anda. :)










Bagaimana caranya untuk anda anjurkan bengkel ini?



- Klik butang Whatsapp kami - 

Anda akan berurusan terus dengan pengendali bengkel


- Nyatakan butiran anda- 

Nama, Organisasi/Masjid/Sekolah, Lokasi


- Nyatakan idea anda- 

Cadangan peserta (siapa dan bilangan), tema, objektif/expectation, tarikh dan lokasi



Seterusnya kami akan berikan perkara ini kepada anda :


- Proposal Khusus - 

Kami akan buatkan satu proposal lebih khusus berkaitan cadangan anda untuk anda bawa ke meja mesyuarat bersama pihak pengurusan


- Template Surat Jemputan Rasmi - 

Kami akan buatkan satu template surat jemputan rasmi untuk anda edit dan serahkan semula kepada kami dalam PDF. Ini sebagai tanda bengkel ini sah untuk dijalankan dan kami boleh lock tarikh tersebut untuk anda


- Poster Rasmi - 

Kami akan hasilkan satu poster rasmi bengkel tersebut secara percuma untuk anda sebarkan kepada kariah/grup bakal peserta untuk dapatkan pendaftaran. Copywriting dan landing page anda hasilkan sendiri


- Invois - 

Kami akan berikan invois bengkel kepada anda dan anda hendaklah membuat bayaran sekurang-kurangnya 50% dari amaun tertera. Bakinya boleh dilakukan selepas program selesai


- Pengendalian Bengkel - 

Kami akan hadir ke lokasi bengkel pada tarikh dan masa yang dijanjikan. Demi anak-anak yang beri komitmen untuk hadir, kami akan lakukan yang terbaik untuk manfaat mereka!








Bertindak sekarang juga. Bimbang tarikh yang anda nak kami dah tak available!


Mohon bantuan